Lorong Bukit Setongkol 13, Taman Cenderawasih, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur , Malaysia. Tel: 09-5136895, Fax: 09-5133414
Thursday, 18 February 2010
Tugas Guru Bertugas Mingguan
1. Datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.
2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu dan kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
6. Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / ke rumah.
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama mereka yang memohon.
8. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru.
9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang.
10. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.
11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan, unit beruniform dan aktiviti lain yang dijalankan.
12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari / minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, Perkara-perkara yang dicatat ialah:
a) kedatangan murid, guru dan staf sokongan
b) murid ponteng, tidak hadir atau sakit
c) lawatan / pelawat
d) ucapan/ pengumuman dalam perhimpunan
e) laporan hari Isnin ditulis dalam buku khas mengenai perhimpunan
13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu dilaporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.
14. Perhimpunan
14.1 Memastikan semua guru dan murid-murid menghadiri perhimpunan.
14.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan.
14.3 Memastikan murid-murid telah beratur dengan kemas.

Tugas Guru Penyelaras Bestari
Peringkat : Sekolah Menengah / Rendah
Jawatan : Guru Penyelaras Bestari (DG41 / DGA29)
Waktu Bertugas : Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah dua sesi, waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi.
1. Merancang dan mengajar matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
2. Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah.
2.1. Guru Penyelaras Bestari menjadi sumber penting penyalur semua maklumat dan maklumbalas kepada semua perlakuan perisian yang dibekalkan.
3. Mengurus dan menyenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi yang dibekalkan serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul.
3.1. Memastikan kemudahan infrastruktur teknologi yang diterima daripada pembekal atau kontraktor memenuhi speksifikasi seperti ditentukan oleh KPM.
3.2. Mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari termasuk peralatan rangkaian seperti pelayan, modem, router, hub dan sebagainya.
3.3. Memastikan kesemua infrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik.
3.4. Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan infrastruktur teknologi ditempatkan.
4. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
4.1. Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang diperlukan oleh pihak pengguna.
4.2. Mengurus keperluan infrastruktur teknologi untuk kegunaan warga sekolah dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti sekolah.
4.3. Mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru seperti sidang video, penggunaan LCD projector, TV connector dan sebagainya.
5. Melatih guru menggunkan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
5.1. Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah dalam penggunaan system aplikasi seperti bahan pengajaran dan pembelajaran.
5.2. Memastikan audit penggunaan kemudahan ICT dijalankan untuk menentukan keberkesanan penggunaan tersebut.
6. Melatih staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.
6.1. Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengurus sisstem komputer (hardware & software) dan aplikasi perisian.
6.2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari.
6.3. Memastikan penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School Management System atau SSMS) dalam pengurusan sekolah beroperasi dengan baik.
7. Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditentukan oleh KPM.
7.1. Menilai perisian Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan lain-lain perisian yang dibekalkan.
8. Sebagai pengurus emel.
8.1. Menguruskan akaun dan emel warga sekolah.
9. Memastikan integriti dan keselamatan data.
9.1. Memastikan supaya ciri-ciri polisi keselamatan (security policies) dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
9.2. Memastikan keselamatan kemudahan infrastruktur teknologi dengan langkah-langkah seperti berikut:
9.2.1. Memastikan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan banyak komputer.
9.2.2. Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa sahaja.
9.2.3. Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.
9.2.4. Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat- tempat yang telah dikenal pasti.
9.3. Memastikan keselamatan data melalui langkah-langkah berikut:
9.3.1. Memastikan konfigurasi system beroperasi dengan baik dan lancar.
9.3.2. Memastikan komputer bebas dari virus.
10. Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) ICT sekolah dan sentiasa mengikuti perkembangan ICT semasa.
10.1. Memainkan peranan sebagai pakar rujuk lepada pengguna yang menghadapi masalah dengan sistem pengoperasian, perkakasan dan perisian seperti Windows, SSMS, MS Office, E-mail, Internet, Printer dan lain-lain lagi.
10.2. Mengenal pasti masalah yang timbal sama ada masalah yang berkaitan perkakasan, sistem pengoperasian, sistem rangkaian atau perisian-perisian seperti Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.
10.3. Menentukan kelancaran perjalanan sistem rangkaian secara keseluruhan dan sentiasa memastikan bahawa pengguna (enduser) dapat menggunakan sistem dan aplikasi secara optimum.
11. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari kepada pihak yang berkenaan.
11.1. Menjalankan Configuration Management Audit mengikut jadual yang ditetapkan.
11.2. Menjalankan pemantauan dan menyediakan laporan terhadap kecekapan rangkaian, tahap penggunaan komponen Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari supaya membantu perancangan menaik taraf kemudahan ICT sekolah.
11.3. Membantu menyediakan belanjawan keperluan ICT untuk sekolah.
12. Mempertingkatkan budaya ICT di sekolah.
12.1. Menyediakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi.
12.2. Merancang, mengurus dan menyelaras laman web sekolah.
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa
ke semasa
13.1. Memberi penerangan kepada para pelawat sama ada dalam negeri dan luar negara mengenai Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari.
Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005

Tugas Guru Pra Sekolah
Pengurusan Mata Pelajaran
1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.
2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai; iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal.
3. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan.
4. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.
5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan buku latihan kepada Guru Besar atau wakilnya pada masa yang dikehendaki.
6. Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kerja bimbingan.
7. Menjadi ahli panitia mata pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
8. Menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah.
9. Memastikan keselamatan murid-murid serta mengawasi penggunaan alatan.
10. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran sama ada dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Negeri. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
11. Sentiasa mengikut perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
12. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantu mengajar yang digunakan, memastikan bahan-bahan tersebut digunakan secara meluas.
13. Mangadakan ruang-ruang pembelajaran di kelas.
14. Menjalankan tugas sebagai seorang kaunselor dan seorang guru disiplin.
15. Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
Pengurusan dan Organisasi Kelas
1. Membentuk organisasi kelas.
2. Menentukan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas (Jadual waktu, perabot kelas dan semua peralatan diinventorikan, motto kelas dan alatan pembersihan.
3. Menentukan peralatan elektrik dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
4. Melaporkan perabot dan alatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbiran.
5. Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
Jadual Kedatangan dan Kedatangan Murid
1. Menanda jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan di pejabat.
2. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan murid ditulis.
3. Memastikan data terkini murid di dalam kelas.
4. Memastikan kelas mempunyai buku kedatangan kedua dan diselenggara seperti yang diarahkan.
a) Buku diambil dan dihantar pada waktu dan di tempat yang ditetapkan.
b) Menjamin keselamatan buku tersebut.
Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin.
1. Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat murid terhadap akademik.
2. Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah (jika perlu)
3. Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid.
Pendaftaran Murid Baru
1. Menerima kemasukan murid baru.
2. Mendaftarkan murid baru ke dalam buku kemasukan murid dan mendapatkan nombor pendaftaran murid dari buku kemasukan murid daripada GPK HEM.
3. Mengambil butir-butir diri murid yang diperlukan.

Tugas dan Tanggungjawab Guru Kelas
Bidang Tugas:
1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001, kad 002 dan buku kemasukan sekolah.
2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang pertama pada setiap hari belajar.
3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.
4. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah.
5. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada GPK HEM terlebih dahulu.
6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.
7. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan dan buku yuran.
8. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah.
9. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain.
10. Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat jemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.
11. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.
12. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan memberitahu pelajar.
13. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.
14. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru GPK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain.
15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar.
16. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang masuk peperiksaan. Mereka juga perlu memungut yuran peperiksaan dan membantu menyusun kerusi meja.
17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping menyediakan tabung markah atau mark sheet.
18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.
19. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.
20. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan pada masa perhimpunan hari biasa.
21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini.Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru.

Tuesday, 11 August 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)